THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES �

Thursday, February 13, 2014

♥~~ Cinta Cintun ~~♥


Andainya..
hadirnya cinta sekadar untuk
mengecewakan,
Lebih baik cinta itu
tidak pernah hadir dan singgah
Dihati ini..

♥~~ Allah Dan Iblis ~~♥


Antara cari Allah dan Iblis

Golongan yang pertama:
orang yang tension dia p karaoke,p shopping complex untuk lepak,habiskan Wang,hiburan itu adalah org yg bersama iblis. kononnya dia nak release tension dia....

Golongan yang kedua:

Orang yang tension dia Cari sejadah,dia solat,dia hampiri majlis ilmu,dia bersedekah dia beriadah sambil baca terjemahan Al Quran atau buku2 agama,sambil melihat permandangan dan memikirkan ada kuasa di sebalik kejadian INI.INI orang yang bersama Allah,bila dia tension dia Cari Allah dia Tak cari Iblis....

Org yg Cari Allah dia tenang dunia ahirat ,org yg cari Iblis dia Susah dunia ahkirat.
Tapi hakikatnye begitu laa..tanpa disedari diri sendiri pernah 
terlibat dalam golongan pertama bole dikatakan selalu jugak...

♥~~ Baik VS Lebih Baik ~~♥


Kadang kala manusia nie tak pernah
merasa cukup atau syukur 
dengan apa yang dimiliki
semestinya setiap orang pasti
akan merasa sebegitu,

Jangan kita tinggalkan dia
yang Baik
Demi mencari yang
Lebih Baik

Dan apabila seseorang itu
Menyakiti kamu
maka Berdoalah kepada
Allah agar kamu tidak melakukan
sedemikian
kepada orang lain..

Jom sama2 kita renung-renungkan

♥~~ Bahagia ~~♥


Tak perlu kita merasa cemburu
melihat orang lain rasa bahagia..
sampai masa nanti
kita juga akan merasai
kebahagiaan itu.
Janji Allah itu pasti...

InsyaAllah sama2 kita berdoa semoga
kita mendapat kebahagiaan dunia
dan akhirat
Amin....


♥~~ Tazkirah ~~♥


Semua orang "pernah" 
jadi jahat sebelum jadi baik.
Tapi
itu adalah lebih baik daripada
"pernah" jadi baik
kemudian jadi jahat

                                            Dan ingatlah:
Jodoh yang baik
tetap untuk yang baik
walaupon 
sama-sama "pernah"
jadi jahat

                                             FYI: pesanan untuk diri sendiri dan sume yer..

♥~~ Hati Sendiri ~~♥

Belajarlah menjaga hati sendiri
terlebih dahulu..
Sebelum anda..
 mengharapkan
orang lain menjaga hati anda..


                                     kerana orang lain takkan terfikir apa
                                        yang anda faham
                                              dan orang lain..
                                                 takkan faham apa yang anda fikir...

♥~~ Solat Sunat Selepas Akad Nikah ~~♥

Solat sunat selepas 'Akad Nikah', kekeliruan dan salah faham orang awam

Sepatutnya solat sunat selepas akad nikah tidak ada, ianya perkara baru. Biarpun yang melakukannya ialah artis dan orang terkenal namun tidaklah boleh diikuti apabila ianya menyalahi al-sunnah.

Apa yang dianjurkan ialah melakukan sujud syukur kepada Allah jika mahu dilakukan kerana telah mendapat nikmat isteri atau kerana terlalu gembira. Daripada Abi bakrah RA bahawa;
أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا أتاه أمر يسره وبشر به خر ساجدا شكرا لله تعالى
'Nabi Salallahualaihiwassalam apabila mendapati berita yang membuatkan baginda menjadi gembira maka baginda pun akan turun sujud menyatakan kesyukuran kepada Allah SWT.' [Riwayat Ahmad, al-Tirmidzi dan lain-lain]

Tidak ada solat sunat selepas akad nikah, di depan orang ramai, dihadapan kamera dan lain-lain.

Adapun solat sunat yang dianjurkan ialah solat sunat ketika masuk menemui isteri dalam bilik daripada hadith Abu Said yang meriwayatkan bahawa ;
أن نفراً من أصحاب الرسول صلى الله عليه وسلم علّموه فقالوا له : إذا دخل عليك أهلك فصل ركعتين ثم سل الله من خير ما دخل عليك وتعوّذ به من شرّه
'Sekumpulan daripada sahabat rasulullah salallahualaihiwassalam telah mengajarnya dengan mengatakan apabila kamu masuk menemui pasanganmu maka solatlah dua rakaat lalu berdoa kepada Allah supaya meminta kebaikan yang ada padanya dan meminta perlindungan dari keburukannya.' [Riwayat Abd Razak] dan juga hadith dari riwayat Ibn Mas'ud RA yang dikeluarkan oleh Ibn Abi Syaibah.

Inilah solat yang dianjurkan iaitu solat sebelum jimak (bersetubuh).

Kedua-dua hadith menyarankan dilakukan solat sunat ketika suami masuk menemui isteri dalam bilik berdua-duaan bukan ketika depan orang ramai dengan siap ditangkap gambar dan sebagainya lagi.

Hal itu adalah tidak benar dan menyalahi al-sunnah.

Allah SWT menyebut;

الَّذِينَ يَسْتَمِعُونَ الْقَوْلَ فَيَتَّبِعُونَ أَحْسَنَهُ أُولَئِكَ الَّذِينَ هَدَاهُمُ اللَّهُ وَأُولَئِكَ هُمْ أُولُو الْأَلْبَابِ

“(Hamba-hamba Allah yang diberi khabar gembira itu sifatnya ialah) Yang mendengarkan perkataan lalu mengikuti apa yang paling baik di antaranya. Mereka itulah orang-orang yang telah diberi Allah petunjuk dan mereka itulah orang-orang yang mempunyai akal.” (Az Zumar: 18)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...