THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, November 21, 2011

♥~~ Tip Laki Merajuk ~~♥

Bfren anda merajuk??
wo...woo..wwoo...
xkn nk kna pujuk kot??
msti ego kn?
ek eleehhh...slalu pompuan yg majuk..
nie laki yg majuk?
cm na nk pujuk??
so..cer tgk tips cik wAnny di bwh nie....
mayb bole selesaikan mslh anda...!!

Terdapat 4 tips yang dapat anda gunakan bagi memujuk lelaki yang merajuk. Mudah-mudahan apa yang cik wAnny kongsikan di sini dapat membantu anda dalam memulihkan keadaan dan dapat memujuk si dia yang sedang mendiamkan diri itu.

1. Berikan si dia ruang untuk bersendirian
Apabila seseorang lelaki merajuk..dia sebenarnya memerlukan masa untuk menenangkan fikirannya. Dia perlukan masa untuk bersendirian bagi membolehkan dia memikirkan sedalam-dalamnya apakah yang telah berlaku. Apakah punca berlakunya masalah tersebut? Adakah dia berhak untuk merajuk? Apakah tindakan yang perlu dia lakukan bagi menyelesaikan masalah itu? Dan pelbagai lagi persoalan yang dia cuba fikirkan bagi mencari jawapannya.

2. Sentiasa memberikan si dia sokongan
Anda sebagai seorang pasangan yang memahami... berikan si dia sokongan yang diperlukan. Jika dia mendiamkan diri dengan menonton televisyen dan tidak mengendahkan anda, biarkan si dia berbuat apa yang dia inginkan. Ikutkan sahaja rancangan televisyen yang dia sedang tonton dan jangan sesekali mengubah siaran televisyen ke siaran kegemaran anda. Walaupun dari luaran kita nampak dia sedang menonton televisyen, tetapi di dalam akal fikirannya si dia sedang memikirkan masalah yang sedang berlaku.

3. Jangan bertanyakan tentang perasaannya
Ketika si dia sedang merajuk... jangan sesekali bertanyakan apa yang sedang berlaku?kenapa dia merajuk?apakah perasaannya?dan sebagainya. Elakkan diri anda daripada bertanyakan apa-apa kepadanya. Ini kerana..kehadiran anda akan mengganggu konsentrasinya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dan ini akan menyebabkan si dia akan semakin menjauhkan diri daripada anda kerana anda telah mengganggunya.

4. Buat sesuatu yang dapat mengembirakan hati anda
Ya.... adalah lebih baik anda mengembirakan hati anda sendiri daripada anda memikirkan perasaan si dia. Pada ketika ini.si dia perlukan ruang untuk bersendirian. Jadi biarkan si dia bersendirian dan gunakan masa yang ada untuk menghiburkan diri anda. Mungkin dengan melayari internet, membaca novel kegemaran anda, atau pun melakukan hobi kesukaan anda seperti memasak, menjahit ataupun shopping. Dengan cara ini, anda akan dapat mengelakkan diri daripada mengganggu si dia yang sedang cuba pulih daripada merajuk itu.

Tinta Penaku : Diharapkan dengan tips yang cik wAnny kongsikan di sini, dapatlah anda gunakan untuk memujuk pasangan lelaki anda itu. InsyaAllah, mudah-mudahan si dia anda akan kembali menghubungi anda dan perhubungan anda pulih seperti sedia kala.
Sekiranya anda mempunyai tips memujuk lain yang anda ingin kongsikan, sudi-sudilah memberikan komen di bawah ini. Agar kita sama-sama dapat membantu antara satu sama lain memujuk pasangan lelaki  yang sedang merajuk itu.

1 comments:

aminbluesblues said...

haha..
ade yg bleh pakai n ada yg x bleh pakai..kadang2 bile lelaki 2 merajuk die ingin kn perhatian ..die akan terfikir btul ke si Die btul2 syg akan diriye atau sekadar suke2...nie pndapat sya la..hehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...