Panas2....h0t news fr0m c!k wanny....
betul @ x??j0m pkat2 baca st0ry tentang telur ayam nie...
TELUR AYAM TIRUAN DI PULAU PINANG
Rupanya sebiji seperti telur ayam asli tetapi ia telur ayam tiruan diperbuat daripada bahan kimia yang dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan dan dijual di pasaran terbuka di Pulau Pinang.
TELUR AYAM ASLI & TIRUAN |
Rupanya sebiji seperti telur ayam asli tetapi ia telur ayam tiruan diperbuat daripada bahan kimia yang dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan dan dijual di pasaran terbuka di Pulau Pinang.
Telur palsu itu bersaiz lebih besar daripada telur ayam sebenar dan apabila dipecahkan ia tidak mempunyai pusat telur, tidak berbau, berkilat dan kasar.
Demikian menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang telah menerima aduan daripada pengguna yang membeli 30 biji telur tiruan itu pada harga RM11 di pasar Pulau Tikus di Georgetown semalam.
Presiden CAP, SM Mohamed Idris, berkata siasatan mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan.
"Komponen bahan kimia ini boleh menjejaskan kesihatan pengguna seperti mengganggu metabolisme, otak, sel saraf serta menjejaskan fungsi hati," katanya.
Mohamed Idris berkata, kerajaan harus mengambil tindakan segera merampas dan mengharamkan semua telur ayam palsu itu kerana ia akan memperdaya pengguna selain memberi kesan buruk kepada kesihatan.
Seorang mangsa pembelian telur ayam palsu yang hanya mahu dikenali sebagai Loh, 50, berkata beliau menyedari telur ayam yang dibelinya dari pasar di Pulau Tikus itu adalah palsu setelah mendengar aduan seorang pembeli menerusi siaran radio.
"Setelah mendengar aduan seorang pengguna dalam radio, saya terus memeriksa telur yang dibeli itu dan terkejut apabila mendapati telur ayam yang saya dibeli sememangnya palsu," katanya.
Loh berkata, beliau dan anggota keluarganya telah makan telur ayam palsu itu sejak sebulan lalu.
- Daripada Bernama
Awas telur ayam tiruan akan memasuki pasaran Malaysia
Telur goreng, telur rebus, atau apa sahaja jenis masakan berasaskan telur merupakan menu ringkas kegemaran ramai.
Tapi berhati hati lah ketika membeli telur terutamanya yang diimport dari China. Sebab telur telur ni dibuat di dalam makmal menggunakan bahan kimia.
Bukan itu saja, malahan kat China siap ada sekolah lagi untuk mengajar sesiapa yang berminat dengan proses pembuatan barang tiruan termasuklah telur ayam tiruan. Dan di katakan kelas untuk membuat telur tiruan mendapat sambutan yang paling menggalakkan.
Tapi berhati hati lah ketika membeli telur terutamanya yang diimport dari China. Sebab telur telur ni dibuat di dalam makmal menggunakan bahan kimia.
Bukan itu saja, malahan kat China siap ada sekolah lagi untuk mengajar sesiapa yang berminat dengan proses pembuatan barang tiruan termasuklah telur ayam tiruan. Dan di katakan kelas untuk membuat telur tiruan mendapat sambutan yang paling menggalakkan.
Percaya atau tak untuk menghasilkan telur, ayam sudah tak diperlukan lagi. Tapi itulah hakikatnya di sana. Jom tengok proses pembuatan telur tiruan ni.
Bahan-Bahan Untuk Membuat Telur Tiruan:
- Glucolactone
- Asid Benzoic
- Kalsium Klorida
- Selulosa
- Alum
- Asid Amino
- Pewarna Makanan
- Sodium alginate
- Gelatin
1 : ‘Magic Water’ yang mengandungi Kalsium Klorida + Pewarna Makanan = Untuk telur kuning
2: ‘Magic Water’ yang mengandungi Kalsium Klorida tanpa pewarna makanan = Putih telur
3:Acuan untuk kuning telur
Step 1
Telur kuning dihasilkan daripada bancuhan Kalsium Kloride,air dan beberapa bahan kimia yang lain (‘Magic Water’) dan pewarna makanan ditambah untuk hasilkan warna kuning. Bancuhan tadi dimasukkan kedalam acuan (4) sebanyak 2/3 daripada isipadu acuan (4) tadi.
Step 2
Lepas telur kuning tadi dah beku keluar kan dan masukkan ke dalam acuan (3). Bahagian acuan (3) tadi dicelupkan kedalam bekas yang mengandungi Kalsium Klorida, air dan beberapa bahan kimia yang lain (‘Magic Water’) untuk menghasilkan lapisan putih telur. Biarkan telur selama 1jam untuk membeku dan telur boleh dibasuh selepas itu.
Step 3
Dengan menggunakan benang, telur yang tadinya dah membeku direndam dalam larutan parafin. Yang ni untuk proses membentuk cengkerang telur.
Dan ini hasilnya tapi telur tiruan ini dikatakan lebih mudah pecah berbanding dengan telur ayam biasa tu.Tapi kalau dari segi rupa memang saling tak tumpah. Rasanya pon lebih sedap dari telur ayam sebenar dan rasa sedap inilah punca keracunan makanan
Dikatakan kos untuk membuat telur tiruan ini cuma 0.55 Yuan setiap sekilogram kalau nak dibandingkan kos untuk telur ayam sebenar ialah 5.6 Yuan sekilogram. Patut lah pon siap buat kelas buat telur tiruan sebab untung banyak kalau nak dibandingkan dengan telur ayam. Dan khabarnya, telur tiruan ni telah menyumbang kepada masalah keracunan makanan yang semakin meningkat di China.
So, hati hati lah time kita nak beli telur. Tak pasti sama ada telur tiruan ni dah ada di Malaysia atau belum.
p/s: s0 membe2 c!k wanNy sume...t!me nk beli telur ayam tu hati2 0k...
jgn bli telur ayam tiruan plak yer...!!!
0 comments:
Post a Comment